Thursday, August 20, 2015

Atasi Ruam Bayi dgn Herba Blend Shaklee

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.  Kali ni nak share kebaikan herbal blend Shaklee untuk ibu-ibu yang ada anak ruam-ruam...sebelum tu, kita kenal dulu jenis ruam yang biasa terjadi dekat baby.


Bayi yang baru lahir dan sedang membesar sering mengalami masalah ruam di pipi dan juga di bahagian badan yang lain seperti di leher, di pelipat tangan dan di bahagian lampin.

Ruam ini adakalanya agak membimbangkan kerana warnanya yang agak kemerahan dan kadangkala mendatangkan kegatalan atau rasa tidak selesa kepada bayi.

Ruam Pada Pipi Bayi 


JENIS RUAM 
(Kredit Kepada Majalah Pa& Ma.)


1. Ruam panas

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan : Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.


2. Ruam Lampin

Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.

Rawatan : Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.

3. Ruam Susu

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan : Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.

4. Ekzema

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan : Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.

5. Alergi

Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).

Rawatan : Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda dan merbahaya untuk jangka masa panjang.


Herbal Blend – Krim Semulajadi Yang Selamat Digunakan.

Ketahui kandungan Herbal Blend

Herbal blend ini diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Ianya telah diuji secara klinikal dan tiada bahan kimia. Dan yang paling penting ianya Halal dan Free Paraben.Baca lebih lanjut tentang Herbal Blend di sini. 

Jom kita tengok antara testimoni yang telah dikongsikan oleh ibu-ibu tentang Herbal Blend. 


Testimoni Herbal Blend 





Herbal Blend Pelbagai Guna 

Yang paling istimewa, harga Herbal Blend ini juga sangat murah dibandingkan dengan krim bukan steroid yang ada di pasaran. Sangat berbaloi dan memang perlu ada 1 di rumah. Setiap pembelian herbal blend juga akan melayakkan anda menerima hadiah istimewa daripada kami.


Nak dapatkan HERBAL BLEND Shaklee??

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391

0 comments:

Post a Comment